Tuesday, 30 October 2012

Guru Mendera Pelajar


Dera Pelajar oleh Guru Gila

Seorang guru di negara China ditangkap kerana membuli atau mendera pelajarnya.Macam2 dunia sekarang  ni..Guru tersebut  Yan Yanhong  yang berusia sekitar 20 tahun dikatakan telah mendera pelajarnya .Berikut gambar2 aksi penderaan tersebut

http://shafw4n.blogspot.com/2012/10/dera-pelajar-oleh-guru-gila.html

Monday, 29 October 2012

Luah

Luahan, rintihan dan seorang hamba yang mengharapkan rahmat keampunan dan belas kasihan daripada Tuhannya. Seorang hamba yang sentiasa merasakan betapa lemah dan tidak berdaya dirinya tanpa pertolongan dan pengawasan-Nya. Sesungguhnya pergantungan dan pengharapan kepada Allah SWT adalah pergantungan yang mutlaq, pergantungan yang teguh tanpa dapat dibinasakan oleh sesiapapun.

Kembara

Bermula lagi satu langkah..Mengembara untuk ingin ambil tahu.Langkah dan terus melangkah.Semoga Berjaya untuk semua pengembara


dalam kembara ini 
kita kian keletihan
dilambung gelora samudra 
dan sang badai 
http://e-kembara.blogspot.com
Kembara
yang ganas menggila

Saturday, 27 October 2012

KEMBARA


Kembara 1001 makna disebaliknya

Kehidupan adalah sebuah kembara untuk menuju mardhotillah(keredhaan Ilahi). Kembara boleh diistilahkan banyak maksud iaitu kembara dalam mencari ilmu, kembara ke suatu tempat, kembara menuju redha Allah dan sebagainya. Namun, ianya bergantung pada individu.. Sebagai manusia, kadang-kadang kita keliru dan tak tahu apa yang kita cari dan kita lupa siapa diri kita. Mungkin kita juga kurang jelas kerana kita terlalu lalai dan leka dengan kehidupan dunia.

      Sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud : Kehidupan dunia ini adalah ibarat hiburan dan permainan semata-mata. Kehidupan akhiratlah yang sejati (sebenar-benarnya) kalaulah mereka mengetahui. Surah Al-Ankabut: 64

      Oleh itu, kita kena ingat hidup ini adalah persinggahan sementara yang mana merupakan satu perjuangan dan mati itu satu kemestian. Jadi, kita harus bijak dalam memanfaatkan kehidupan ini. Kita juga kena ingat, kadangkala kita takkan dapat apa yang kita suka. Cuba kita fikir, bila kita ditimpa kesusahan dan kesulitan kita sering menyalahkan takdir, namun kita kena tahu di sebalik lumpur yang hitam itu ada mutiara yang sangat bernilai. Alangkah bahagianya hidup ini andai kita jadi seorang yang bersyukur dalam apa jua keadaan. Manusia seringkali merancang apa yang mereka mahu, tapi ingat.. Allah merancang terlebih dulu dari kita dan perancangan Allah itu lebih baik 

      Allah berfirman : Boleh jadi yang kamu benci itu ada kebaikan bagimu. Boleh jadi (juga) yang kamu sukai itu (akibatnya adalah) buruk bagimu. Allah jua yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah : 216

Maksud yang terlalu indah untuk direnungkan….

      Bila kita mengembara mencari sesuatu, boleh jadi ia amat manis untuk kita dan sesuatu yang sukar untuk dilupakan.  Yang baik kita boleh kongsikan bersama dan yang buruk kita jadikan pengajaran. Yang pasti, tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini, namun kita kena cuba untuk jadi yang terbaik. Saya bukanlah seorang yang pandai berkata-kata namun saya nak kongsi kembara ni bersama sahabat-sahabat seperjuangan sekalian tak kira di mana anda berada.





Aku mengembara dan tercari-cari …
Apa sebenarnya yang aku perlu..
Untuk kehidupan ini..
Dan akhirnya…
Aku temui sebuah musim yang telah berlalu,
Musim yang menentukan, musim yang menemukan,
Jua musim yang memisahkan,
Antara aku dan sahabat-sahabat sekalian…
Untuk sama-sama meneruskan perjuangan ini
Yang mana perjuangan untuk mencari keredhaan Ilahi…
Indahnya perjuangan itu…
Seindah sebuah kembara,


KEMBARA

dI SAAT ITU


disaat itu

Disaat kau melewati taman bunga itu,
Ku terlihat kau terpesona dengan kecantikan bunga-bunga
Yang kembar mekar harum semerbak baunya,
Sedangkan aku hanyalah bunga yang mekar tanpa bau bisa menyentuh kalbumu,
Tanpa aku sedari,
Aku telah tertarik denganmu,
Aku berharap kau akan melihat aku jua ada disitu,
Diantara bunga-bunga yang warna-warni,
Ada satu bunga yang tersembunyi,
Yang sejak dulu memerhati mu,
Kau terus melewati taman bunga itu,
Dan terus memerhati dan memuji kecantikan bunga yang ada,
Dan setelah sekian lama kau melewati taman itu,
Kau pun membuat keputusa untuk memilih sekuntum bunga untuk
Di bawa pulang buat hadiah bonda yang tersayang,
Untuk kau tanam di sudut ruang kamar taman hatimu,
Dan aku tanpa menyedari diri sendiri,
Telah berharap bahawa aku lah bunga itu yang akan kau pilih,
Namun, tanpa aku sedari, airmata ku mengalir  disaat kau memetik bunga  yang lain
Yang lebih indah dan kembang mekar dari diriku,
Lalu, aku lantas menguncupkan diriku,
dan berjanji pada diri tidak akan dari berkembang dan berharap akan
datang lagi pelawat ke taman bunga ini dan memetikku untuk di bawa pulang,
kerana kini aku sedar bahawa harapan dan impianku ini tidak mungkin lagi bererti tanpa dirimu…..

Entry ni adalah copypaste dari laman  http://sesudahmalam.blogspot.com/2012/04/disaat-itu.html

Tujuan copypaste sebab nak promote blog http://sesudahmalam.blogspot.com/2012/04/disaat-itu.html dan yang sebetul nya..eKembara Berminat dengan entry ni...Tu saja..sekian

Monday, 3 September 2012

Pengembaraan Yang Hakiki


Pengembaraan Yang Hakiki


Alhamdulillah, bersyukurlah kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat berada di alam dunia yang fana ini.

Kita telah dihidupkan dan kita juga akan dimatikan dengan izinNya.

Kita sebagai manusia telah dipinjamkan olehNya jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang telah diperuntukkan oleh Allah Azza wa Jalla, Tuhan Sekalian Alam.

Kita sendiri tidak mengetahui akan hal itu dan Allah SWT adalah sebaik-baik pengatur.

Kehidupan kita ini seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW adalah seperti sebuah pengembara yang sedang berjalan jauh sambil bertongkat dalam menuju perjalanan ke suatu destinasi abadi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan.

Untuk mendapatkan bekalan itu pula memerlukan kesabaran dan ketabahan yang sangat tinggi.

Dalam perjalanan ini kita mengisi kehidupan dengan dua keadaan iaitu perasaan atau suasana, juga saat-saat gembira dan saat-saat kesedihan.

Kedua-dua perasaan ini pernah dialami oleh para Nabi dan Rasul Allah, apatah lagi kita sebagai hamba yang kerdil lagi hina ini.

Saya ambil contoh yang terdekat yang menjadi idola semua umat Islam, iaitu insan yang sangat saya pandang tinggi dan saya sanjungi, Rasulullah SAW.

Hidup Baginda penuh dengan saat yang menggembirakan, tidak kurang juga saat-saat menyakitkan yang sesekali mengundang air mata Rasulullah SAW yang menandakan Baginda juga adalah seorang manusia biasa.

Kegembiraan Baginda adalah apabila kita sebagai umat Islam menjalani hidup sesuai dengan jalan yang ditinggalkannya dan kesedihan Baginda pula adalah apabila menyaksikan umatnya tersasar jauh daripada jalan yang Baginda tinggalkan dan umatnya mengikuti jejak langkah syaitan laknatullah.

Hidup ini Keseronokan dan Kebahagiaan Sementara...

Tentunya dalam perjalanan seorang hamba yang ingin menuju ke sebuah destinasi cinta, banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamatnya dan sesekali terasa ingin berputus asa untuk ke destinasi yang pasti itu.

Bagi seorang pengembara yang bijak dan pandai, semestinya dirinya tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kenikmatan di dunia yang sementara kerana dirinya tahu bahawa dia adalah penghuni alam yang kekal abadi; syurga Allah.

Bagi seorang pengembara yang senang dan seronok menikmati keseronokan di dunia tanpa memikirkan dunianya yang kekal abadi, dirinya akan mementingkan hawa nafsu semata seolah-olah inilah dunia yang kekal selamanya sehingga dirinya terlupa matlamat atau cita-cita sebenar untuk menuju ke arah akhirat yang abadi.

Mereka terpedaya dengan dunia yang sementara ini.

Dengan tidak mengendahkan suara iman mereka, mereka terus-menerus meletakkan halawatul dunia dihati mereka dan menyangka bahawa itulah matlamat sebenar mereka, na'uzubillah...

Saya teringat kata-kata salah seorang ustaz saya; Ustaz Mizi.

Beliau berkata, kita juga boleh diibaratkan sebagai seorang pemandu atau penumpang atau pengembara yang berada di atas sebuah nakhoda yang besar, yang sedang menuju destinasi selama berhari-hari, malah bertahun-tahun lamanya.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang tepat mengikut kompas yang telah diberikan dan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Dan untuk sampai ke destinasi cinta atau destinasi yang abadi itu, pungut dan kumpullah bekalan ketika berada di dunia sebanyak yang mungkin.


Ni bukan CIPLAK entry atau post orang.Tapi nak promote.Kenapa dikatakan promote..sebab entry tu tergantung.cite tak habis.nak abiskan cite sila tengok entry atau post asal di laman http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/829-pengembaraan-yang-hakiki.html

KLIK situ je atau KLIK SINI